Dan kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi, makanan segera, makanan yag diproses, jeruk, gula, manisan dan makanan yang mengandungi bahan perisa serta pemanis.
Kurangkan pengambilan alkohol, kurangkan merokok dan juga kurangkan kafein.
1) Makanan kaya dengan 'zinc'. 'Zinc' membantu menormalkan kitaran haid dan menambah pengeluaran air mani. 'Zinc' boleh didapati didalam daging ayam, lembu, 'turkey', ketam dan tiram.
2) Produk tenusu seperti susu dan keju mengandungi kalsium, yang bukan sahaja penting untuk kesihatan tulang tetapi juga untuk kesihatan organ reproduktif. Beberapa penyelidik barat mengesyorkan supaya pasangan yang ingin meningkatkan kesuburan untuk minum segelas susu penuh krim setiap hari. Cuma segelas sehari sahaja. Kalsium juga boleh didapati dari sayuran hijau, tofu, badam dan 'fortified juice'. Pengambilan 1000mg kalsium sehari adalah disarankan bagi meningkatkan kesuburan.
3) Makanan mengandungi protein seperti daging ayam dan lembu digalakkan diambil dalam kuantiti yang sedikit. Protein dari haiwan boleh diganti dengan protein dari tumbuhan seperti kekacang, kacang soya dan tofu yang lebih rendah lemak dan kalori berbanding protein dari haiwan.
4) Karbohidrat Kompleks iaitu bijirin, kekacang, sayuran hijau dan buah-buahan. Karbohidrat kompleks lebih lambat dihadam dan tidak menybabkan peningkatan paras insulin dalam darah.Paras insulin yang meningkat boleh menganggu hormon reproduktif dan seterusnya menganggu kitaran haid. Karbohidrat kompleks mengandungi banyak nutrisi/zat. Salah satunya asid folik yang membantu meningkatkan kesuburan dan mengurangkan risiko kecacatan tiub-neural (neural-tube defects) pada janin terutamanya pada awal kehamilan.
*Perbezaan karbohidrat kompleks dengan 'refined carbohidrate'-sumber Baby Center.com*
(If you have polycystic ovary syndrome ((PCOS), the most common cause of infertility in women, pay extra attention to whole grains. PCOS is a hormonal imbalance that can get worse when insulin levels in the bloodstream surge. The main culprits behind big insulin spikes are refined carbohydrates.
Fertility specialist Leondires explains that when women with PCOS eat too many refined carbohydrates, insulin flows into the blood, feeds back to the ovaries, and can lead to irregular ovulation. Lots of refined carbohydrates, like white bread, pasta, and white rice, won't directly lower your likelihood of getting pregnant but they will shortchange your body.
The refining process strips key nutrients from grains. Among those lost are several that boost fertility, such as antioxidants, B vitamins, and iron. A woman trying to conceive should pack her diet with as many nutrient-rich foods as possible, and whole grains are a great place to start, says nutrition specialist Stadd.)
5) Asid Lemak Omega-3 membantu menormalkan hormon reproduktif, menambah aliran darah ke organ reproduktif serta mengurangkan stress. Asid lemak omega-3 bukan sahaja boeh didapati dari minyak ikan sahaja tetapi boleh juga diperolehi dari 'flaxseed, walnut, pumpkin seed' dan telur. Adalah penting untuk mendapatkan asid lemak omega-3 daripada makanan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan nya.
*Info mengenai kandungan merkuri dalam ikan -sumber Baby Center.com*
(it's hard not to worry about mercury contamination in fish. Mercury is toxic to a developing fetus and can linger in a woman's bloodstream for more than a year.
The good news is that not all fish contain the same amount of mercury. The U.S. Food and Drug Administration (FDA) says that women trying to conceive can safely eat up to 12 ounces (roughly two entrées) a week of low-mercury fish, such as shrimp, canned light tuna, salmon, or catfish.
The FDA advises avoiding canned albacore (white) tuna as well as fresh or frozen swordfish, tilefish, king mackerel, tuna steaks, shark, orange roughy, Spanish mackerel, marlin, and grouper because they have the highest mercury levels.)
6) Tambahkan vitamin dalam diet harian. Vitamin yang digalakkan utuk kesuburan adalah multivitamin serta mineral, B-kompleks yang lengkap dengan vit.B-12, Vitamin E dan Vitamin C.
*******************************************************************************************************
0 comments:
Post a Comment