Pages

Tuesday, November 4, 2014

Waktu Subur Yang Digalakkan Untuk Hubungan SuamiIsteri


Ovum/telur hanya boleh hidup dalam 24 jam, maka adalah penting bagi sperma untuk berada dalam tiub fallopio dan bersedia untuk bersenyawa dengan ovum dalam tempoh ini.

Waktu Cadangan Untuk Melakukan Hubungan Seks Bagi Suami Isteri:-

Contoh: Kitaran haid adalah 26 hari.

Situasi 1:
-jika ovum matang dan dilepaskan pada hari ke-12 dan hidup 24 jam, iaitu sehingga ke hari ke-13. Hubungan seks pula dilakukan pada hari ke-14, berkemungkinan besar ovum tidak bercantum dengan sperma, walaupun waktu subur/ovulasi jangkaan adalah pada hari ke-10 hingga ke-14.

Situasi 2:
-jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi (jangkaan hari ke-10 hingga 14), sperma biasanya boleh hidup selama 2-3 hari. Maka jika ovum dilepaskan pada hari ke-10, berkemungkinan persenyawaan boleh berlaku kerana sperma masih hidup dalam tempoh ovum dilepaskan.

Situasi 3:
-sperma yang Gagah Berani...hehehe..sperma seperti ini dapat hidup lebih lama iaitu sehingga 5 hari. Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum berlaku ovulasi,  persenyawaan boleh berlaku dengan jayanya kerana kedua-dua ovum dan sperma berada dalam tiub fallopio semasa waktu ovulasi/waktu subur jangkaan pada hari ke-10 hingga ke-14.

(*credit kepada blog www.mysupervitamins.com)

                                    ----------------------------------------------------------


DAPATKAN 
YANG BOLEH MEMBANTU ANDA DAN PASANGAN 
UNTUK MENDAPAT ZURIAT.

                                     -----------------------------------------------------------


USAHA DOA TAWAKKAL
Contoh: Kitaran haid 26 hari Situasi 1: Jika ovum matang dibebaskan pada hari ke-12 & hidup 24 jam iaitu sehingga hari ke-13. Hubungan seks pula dilakukan pada hari ke-14, kemungkinan ovum tidak bercantum dengan sperma walaupun waktu subur jangkaan adalah dari hari ke 10 hingga 14. Situasi 2: Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... Sperma biasanya boleh hidup 2-3 hari. Jadi jika ovum dilepaskan pada hari ke-10, persenyawaan masih boleh berlaku. Situasi 3: Sperma yg gagah :D boleh hidup lebih lama, katakan 5 hari. Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... ovulasi pula berlaku pada hari ke-12, kedua ovum dan sperma sudah berada di tiub fallopio dan persenyawaan masih boleh berlaku dengan jayanya. Haa..Paham tak ni? Pokoknya pastinya sperma sihat supaya boleh hidup lebih lama. kenal pasti perubahan diri untuk detect bila ovulusi berlaku lakukan hubungan seks sekerap mungkin sebelum dan semasa waktu subur.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/07/kenali-tanda-subur-dan-cara-kiraan-waktu-subur-untuk-hamil-vitamin-shaklee.html
Contoh: Kitaran haid 26 hari Situasi 1: Jika ovum matang dibebaskan pada hari ke-12 & hidup 24 jam iaitu sehingga hari ke-13. Hubungan seks pula dilakukan pada hari ke-14, kemungkinan ovum tidak bercantum dengan sperma walaupun waktu subur jangkaan adalah dari hari ke 10 hingga 14. Situasi 2: Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... Sperma biasanya boleh hidup 2-3 hari. Jadi jika ovum dilepaskan pada hari ke-10, persenyawaan masih boleh berlaku. Situasi 3: Sperma yg gagah :D boleh hidup lebih lama, katakan 5 hari. Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... ovulasi pula berlaku pada hari ke-12, kedua ovum dan sperma sudah berada di tiub fallopio dan persenyawaan masih boleh berlaku dengan jayanya. Haa..Paham tak ni? Pokoknya pastinya sperma sihat supaya boleh hidup lebih lama. kenal pasti perubahan diri untuk detect bila ovulusi berlaku lakukan hubungan seks sekerap mungkin sebelum dan semasa waktu subur.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/07/kenali-tanda-subur-dan-cara-kiraan-waktu-subur-untuk-hamil-vitamin-shaklee.html
Contoh: Kitaran haid 26 hari Situasi 1: Jika ovum matang dibebaskan pada hari ke-12 & hidup 24 jam iaitu sehingga hari ke-13. Hubungan seks pula dilakukan pada hari ke-14, kemungkinan ovum tidak bercantum dengan sperma walaupun waktu subur jangkaan adalah dari hari ke 10 hingga 14. Situasi 2: Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... Sperma biasanya boleh hidup 2-3 hari. Jadi jika ovum dilepaskan pada hari ke-10, persenyawaan masih boleh berlaku. Situasi 3: Sperma yg gagah :D boleh hidup lebih lama, katakan 5 hari. Jika hubungan seks dilakukan pada hari ke-8 iaitu sebelum ovulasi... ovulasi pula berlaku pada hari ke-12, kedua ovum dan sperma sudah berada di tiub fallopio dan persenyawaan masih boleh berlaku dengan jayanya. Haa..Paham tak ni? Pokoknya pastinya sperma sihat supaya boleh hidup lebih lama. kenal pasti perubahan diri untuk detect bila ovulusi berlaku lakukan hubungan seks sekerap mungkin sebelum dan semasa waktu subur.

Original from: http://www.mysupervitamins.com/2013/07/kenali-tanda-subur-dan-cara-kiraan-waktu-subur-untuk-hamil-vitamin-shaklee.html

Wednesday, May 14, 2014

SAKIT PUAN: FIBROID UTERUS

Artikel 'dipinjam' dari website myhealth.gov.my

Pengenalan
"Fibroid, atau nama lainnya 'Leiomyoma' atau 'Myoma' adalah sejenis ketumbuhan biasa yang terbentuk daripada dinding atau otot rahim (uterus). Fibroid boleh berlaku dalam bentuk ketumbuhan tunggal atau ketumbuhan berganda dan ia perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita dalam lingkungan umur subur (reproductive). Kira-kira 20 % wanita usia subur mempunyai fibroid dan jarang sekali dialami oleh wanita muda sebelum haid. Ketumbuhan ini biasanya mengecut selepas menopaus.
Terdapat beberapa jenis fibroid iaitu:



  1. Fibroid submukus - Membesar daripada bahagian bawah salutan rahim kebahagian dalam rahim
  2. Fibroid Intramural - Membesar di antara otot rahim pada bahagian dinding.
  3. Fibroid Subserus - Membesar di luar dinding rahim
  4. Fibroid Pedunkal - Membesar secara bertangkai daripada permukaan bahagian luar rahim atau permukaan bahagian dalam rahim dan kadang kala menjalar keluar dari serviks (pangkal rahim)


Gejala/ Tanda

Saturday, May 10, 2014

Haid Tidak Normal Boleh Menyebabkan Sukar Mengandung

Masalah haid yang tidak menentu dihadapi oleh segolongan wanita, tidak kira remaja, belum berkahwin atau telah berkahwin. Dan kadang-kadang, gejala ini boleh menjadi punca sukar untuk mengandung.


Bagaimana nak kenal gejala haid tidak menentu ni?
  • Kitaran haid yang normal akan berlaku sekitar 21-35 hari. Tetapi bagi haid yang tidak normal, ianya akan berlaku samada KURANG DARI 21 HARI ataupun LEBIH DARI 35 HARI.
  • Tiada haid selama 3 ke 4 kali secara berturutan.
  • Darah keluar lebih dari 7hari. Dalam Islam, darah yang keluar lebih dari 7 hari akan dipanggil darah nifas atau darah penyakit.
  • Darah haid keluar lebih banyak atau terlalu sedikit dari biasa.
  • Mengalami kesakitan semasa haid seperti senggugut yang teruk, kejang(cramping), loya atau muntah.
  • Pendarahan atau 'spotting' berlaku diantara waktu period,selepas menopouse atau semasa seks.


Apakah yang menyebabkan haid menjadi tidak menentu?
  • Stress/kemurungan.
  • Obesiti.
  • Terlalu kurus disebabkan diet yang tidak betul.
  • Pengambilan pil perancang.
  • Pengambilan ubatan mengandungi steroid atau ubatan mencair/menipiskan darah.
  • Anemia.
  • Keguguran atau kehamilan luar rahim (ectopic pregnancy).
  • Terdapat ketumbuhan seperti 'uterine polyp' (non-cancerous growth) atau FIBROID (tumor).
  • Jangkitan kuman pada pelvis.
  • PCOS
  • Gangguan hormon.
 *Juga boleh baca lebih lanjut di link majalah PAMA.

Jadi, jangan di biarkan sahaja gejala haid tidak menentu ini tanpa susulan pemeriksaan doktor. Bahaya tauu...dan ianya juga menjadi sebab seseorang wanita sukar hamil.

Sebelum terlambat, mungkin anda boleh merawatnya dengan pengambilan supplemen/vitamin.


CADANGAN:>>> GLA COMPLEX + ESP (energizing soy protein)



GLA Complex dihasilkan daripada kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA),asid linolenik,minyak bunga matahari dan vitamin E. Untuk wanita, GLA Complex membantu menstabilkan hormon, membantu membetulkan kitaran haid, membantu meningkatkan tahap kesuburan, membantu penurunan berat badan serta mencantikkan kulit.
-1 botol GLA Complex mengandungi 60 kapsul.




ESP Soy Protein Isolate Powder adalah satu-satunya produk soya yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh. Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada AWET MUDA. 

  • Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung. 
  • Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

*Untuk pengetahuan anda, shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program(IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Berminat dengan rangkaian produk Shaklee? Boleh menghubungi kami (Eeta/Saiful) dengan beberapa cara dibawah:

Thursday, May 8, 2014

Apa itu Ovarian Cyst.

Dah sering sangat terdengar dan terbaca tentang pelbagai sakit puan yang dihidapi oleh wanita zaman ini, tidak kira yang muda atau berusia, yang sudah berkahwin atau anak dara. Hari ini admin terfikir nak wujudkan satu segmen SAKIT PUAN dalam blog ini dengan tujuan untuk berkongsi pengetahuan mengenai pelbagai sakit puan yang admin jumpa, baca dan 'pinjam' dari website dan blog.

Tujuan admin cuma nak mengumpul segala info yang admin jumpa dan berkongsi dengan pembaca blog ini. Admin akan beri link asal blog/website untuk info yang admin pinjam supaya pembaca dapat melawat juga ke blog/website yang asal.

Friday, April 25, 2014

Aturan MAkan GLA Complex Untuk Hamil



Di sini di cadangkan 2 kaedah aturan makan GLA Complex khas bagi para isteri yang belum hamil dan ingin mendapat cahaya mata secepat mungkin.

"Kita hanya berusaha, tetapi jangan lupa berdoa dan meminta dengan Allah supaya usaha kita beroleh kejayaan."

> Bagi yang period tidak teratur- adalah dicadangkan untuk makan sebiji GLA Complex selang 8 jam setiap hari sehingga lah period menjadi teratur. * Apabila period telah teratur, ikut aturan makan seperti dibawah ni pulak.

> Bagi yang period teratur- kira kitaran period dahulu. 
Contoh kitaran 28 hari, maka 28 hari dibahagi 2 = 14 hari .
Maka adalah dicadangkan untuk makan GLA Complex dari hari pertama period sehingga hari ke 14 (contoh bagi yang mempunyai kitaran period 28 hari).
Telan sebiji selepas makan tengahari dan sebiji lagi selepas makan malam. 
Selepas hari ke 14, berhenti makan GLA Complex dan lakukan pregnancy test menggunakan pregnancy strip. Sekira positive, hentikan pengambilan GLA. Tetapi sekira negatif, makan semula GLA pada next period .

Cadangan tambahan: ESP, membantu memperbaiki
dan memulihkan sel-sel yang rosak.
                           *************************************Sila email saya di prettymommieshop@gmail.com untuk membuat pesanan dan anda akan mendapat khidmat nasihat percuma.

Harga GLA Complex Rm91.00
Kos penghantaran Rm10.00 (seluruh Malaysia)
*COD kawasan Kuching dan Kota Samarahan Sarawak.

- Dapatkan vitamin lengkap untuk kesuburan dan hamil di SINI

Friday, March 21, 2014

Makanan Untuk Subur

Salah satu panduan untuk menambahkan kesuburan ialah dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan makanan yang boleh menggalakkan kesuburan. 
Dan kurangkan makanan yang berkarbohidrat tinggi, makanan segera, makanan yag diproses, jeruk, gula, manisan dan makanan yang mengandungi bahan perisa serta pemanis.
Kurangkan pengambilan alkohol, kurangkan merokok dan juga kurangkan kafein.


1) Makanan kaya dengan 'zinc'. 'Zinc' membantu menormalkan kitaran haid dan menambah pengeluaran air mani. 'Zinc' boleh didapati didalam daging ayam, lembu, 'turkey', ketam dan tiram.

2) Produk tenusu seperti susu dan keju mengandungi kalsium, yang bukan sahaja penting untuk kesihatan tulang tetapi juga untuk kesihatan organ reproduktif. Beberapa penyelidik barat mengesyorkan supaya pasangan yang ingin meningkatkan kesuburan untuk minum segelas susu penuh krim setiap hari. Cuma segelas sehari sahaja. Kalsium juga boleh didapati dari sayuran hijau, tofu, badam dan 'fortified juice'. Pengambilan 1000mg kalsium sehari adalah disarankan bagi meningkatkan kesuburan.

3) Makanan mengandungi protein seperti daging ayam dan lembu digalakkan diambil dalam kuantiti yang sedikit. Protein dari haiwan boleh diganti dengan protein dari tumbuhan seperti kekacang, kacang soya dan tofu yang lebih rendah lemak dan kalori berbanding protein dari haiwan.

4) Karbohidrat Kompleks iaitu bijirin, kekacang, sayuran hijau dan buah-buahan. Karbohidrat kompleks lebih lambat dihadam  dan tidak menybabkan peningkatan paras insulin dalam darah.Paras insulin yang meningkat boleh menganggu hormon reproduktif dan seterusnya menganggu kitaran haid. Karbohidrat kompleks mengandungi banyak nutrisi/zat. Salah satunya asid folik yang membantu meningkatkan kesuburan dan mengurangkan risiko kecacatan tiub-neural (neural-tube defects) pada janin terutamanya pada awal kehamilan.

*Perbezaan karbohidrat kompleks dengan 'refined carbohidrate'-sumber Baby Center.com*
(If you have polycystic ovary syndrome ((PCOS), the most common cause of infertility in women, pay extra attention to whole grains. PCOS is a hormonal imbalance that can get worse when insulin levels in the bloodstream surge. The main culprits behind big insulin spikes are refined carbohydrates.
Fertility specialist Leondires explains that when women with PCOS eat too many refined carbohydrates, insulin flows into the blood, feeds back to the ovaries, and can lead to irregular ovulation. Lots of refined carbohydrates, like white bread, pasta, and white rice, won't directly lower your likelihood of getting pregnant but they will shortchange your body.
The refining process strips key nutrients from grains. Among those lost are several that boost fertility, such as antioxidants, B vitamins, and iron. A woman trying to conceive should pack her diet with as many nutrient-rich foods as possible, and whole grains are a great place to start, says nutrition specialist Stadd.)

5) Asid Lemak Omega-3 membantu menormalkan hormon reproduktif, menambah aliran darah ke organ reproduktif serta mengurangkan stress. Asid lemak omega-3 bukan sahaja boeh didapati dari minyak ikan sahaja tetapi boleh juga diperolehi dari 'flaxseed, walnut, pumpkin seed' dan telur. Adalah penting untuk mendapatkan asid lemak omega-3 daripada makanan kerana tubuh kita tidak dapat menghasilkan nya.

*Info mengenai kandungan merkuri dalam ikan -sumber Baby Center.com*
(it's hard not to worry about mercury contamination in fish. Mercury is toxic to a developing fetus and can linger in a woman's bloodstream for more than a year.
The good news is that not all fish contain the same amount of mercury. The U.S. Food and Drug Administration (FDA) says that women trying to conceive can safely eat up to 12 ounces (roughly two entrées) a week of low-mercury fish, such as shrimp, canned light tuna, salmon, or catfish.
The FDA advises avoiding canned albacore (white) tuna as well as fresh or frozen swordfish, tilefish, king mackerel, tuna steaks, shark, orange roughy, Spanish mackerel, marlin, and grouper because they have the highest mercury levels.)

6) Tambahkan vitamin dalam diet harian. Vitamin yang digalakkan utuk kesuburan adalah multivitamin serta mineral, B-kompleks yang lengkap dengan vit.B-12, Vitamin E dan Vitamin C.

*******************************************************************************************************
 NAK TAHU LANJUT? KLIK PADA LINK
Vitamin Untuk Subur Dan Hamil



Monday, February 3, 2014

TIPS CEPAT MENGANDUNG

Anda telah berkahwin dan ingin menimang cahaya mata secepat mungkin?
Anda dan pasangan telah lama berkahwin tetapi belum lagi mempunyai zuriat?


Disini saya ingin berkongsi sedikit tips untuk cepat mengandung.

Thursday, January 30, 2014

Punca Ketidaksuburan Lelaki

Sebab-sebab kemandulan boleh melibatkan satu atau kedua-dua pasangan. Secara umum:
  • Dalam kira-kira satu pertiga daripada kes-kes, punca kemandulan hanya melibatkan lelaki.

Punca ketidaksuburan lelaki

Punca ketidaksuburan lelaki mungkin termasuk:
  • Pengeluaran sperma tidak normal, kerana pelbagai masalah seperti buah zakar mengecut, kecacatan genetik, masalah kesihatan seperti kencing manis, atau jangkitan seperti beguk. Urat yang kembang dalam testis (varicocele) boleh meningkatkan aliran darah dan haba, yang memberi kesan kepada jumlah dan bentuk sperma.
  • Masalah dengan penghantaran sperma, kerana masalah seksual, seperti pancutan pramatang, air mani memasuki pundi kencing  (ejakulasi songsang), penyakit genetik tertentu seperti cystic fibrosis, masalah struktur seperti penyumbatan sebahagian daripada testis yang mengandungi sperma (epididimis), atau kerosakan atau kecederaan kepada organ-organ pembiakan.
  • Pendedahan yang terlalu lama kepada faktor persekitaran tertentu, seperti racun perosak dan bahan kimia lain, radiasi, atau ubat-ubatan tertentu seperti steroid anabolik atau ganja. Di samping itu, pendedahan yang kerap kepada haba seperti di sauna atau kolam air panas, boleh meningkatkan suhu badan seterusnya merosakkan pengeluaran sperma.
  • Kerosakan yang berkaitan dengan kanser dan rawatan, termasuk radiasi atau kemoterapi. Rawatan untuk kanser boleh mengganggu penghasilan sperma. Pemecatan sebelah buah zakar akibat kanser juga boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

          ***************************************************************************************************

 NAK TAHU LANJUT? KLIK PADA LINK
Vitamin Untuk Subur Dan Hamil


Monday, January 27, 2014

Punca Ketidaksuburan Pada Wanita & Lelaki


Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :

1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.
> Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). 
> Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.

2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.
> Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.

3.Endometriosis.
> Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.

4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).
> Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

5.Masalah pada rahim.
> Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. 
> Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.

Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:

1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.
> Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan adalah rendah. 
> Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. 
> Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.

2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.
Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.

                             ***************************************************************************************************
 NAK TAHU LANJUT? KLIK PADA LINK
Vitamin Untuk Subur Dan Hamil


Friday, January 24, 2014

Vitamin Yang Boleh Membantu Kesuburan Lelaki


Vitamin & Mineral yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan adalah seperti:

Vitamin C :
Menurut satu kajian dari School of Medical, University of Texas, kekurangan jumlah vitamin C dalam diet lelaki akan mengakibatkan 'pelekatan' sperma (agglutination of sperm). Ianya berlaku apabila sperma saling melekat anatara satu sama lain, dan seterusnya melambatkan pergerakan sperma.

Menurut Dr.Earl Dawson M.D,  vitamin C boleh membantu para perokok yang mempunyai jumlah sperma tak normal. Asap rokok meresap melalu paru-paru dan memasuki sistem peredaran darah. Apabila toksin telah memasuki kedalam sistem peredaran darah, ianya akan dapat sampai ke air mani dan menyebabkan jumlah serta fungsi sperma menurun.Adalah dipercayai bahawa vitamin C membantu meneutralkan kesan toksik asap rokok terhadap air mani.

Vitamin C akan mengurangkan tindakan 'pelekatan sperma' (agglutination of sperm), dan menambah kesuburan lelaki. Menurut Dr.Dawson, pengambilan 200 ke 1000mg sehari memberi kesan yang baik kepada sperma. Wanita pula perlu menghindari pengambilan Vitamin C yang berlebihan dalam sehari kerana ianya boleh mengeringkan lendir servik dan menghalang sperma dari menghampiri telur untuk bersenyawa.

Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee ini memberi perlindungan setiap jam dengan hanya satu tablet.
Vitamin E :

Kekurangan vitamin E dipercayai melambatkan penghasilan enzim dan hormon seks yang bertanggungjawab dalam penghasilan sperma.
Pengambilan vitamin E turut membantu jangkahayat sperma. Cadangan pengambilan disarankan ialah 400 IU sehari.
(*minta nasihat dari doktor sekiranya anda mengambil ubat tertentu  atau ubat yang mencairkan darah)

Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium dan satu kapsul vitamin E bersamaan 400 IU.






Selenium:
Satu kajian dijalankan oleh University of Padua di Italy dan di terbitkan dalam Jounal of Science menyebut bahawa kekurangan selenium mungkin menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki. Selenium bertindak dengan menghalang pengoksidan (oxidant) sel sperma dan seterusnya mengurangkan jumlah sperma. Sumber selenium boleh ditemui dalam daging merah, hati, 'brazil nuts', badam dan makanan laut.

*Vitamin E Complex Shaklee telah dilengkapi dengan selenium.

Zinc:

Zinc merupakan mineral dan terdapat dalam lebih dari 200 protin dan enzim dan amat penting untuk kesuburan lelaki. Zinc diperlukan untuk mengaktifkan enzim utama sperma dan memasuki prostat dengan bantuan hormon testosteron.
Kekurangan zinc akan mengurangkan testosteron, mengecilkan saiz testikel serta menghasilkan sperma yang tidak aktif dan abnormal.
Dengan pengambilan sebanyak 15mg zinc setiap hari, akan membantu meningkatkan jumlah sperma serta paras testosteron dalam tempoh 12 bulan.

*Zinc perlu diambil dengan segelas air, setengah jam sebelum makan.*



*******************************************************************************************************
 NAK TAHU LANJUT? KLIK PADA LINK
Vitamin Untuk Subur Dan Hamil


Saturday, January 18, 2014

Bagaimana Mengetahui Waktu Subur Atau Ovulasi


Ovulasi atau waktu subur adalah apabila satu atau lebih telur dilepaskan dari salah satu ovari.
Setiap bulan, sebanyak 15-20 telur yang matang akan dilepaskan dalam ovari. Dan telur yang PALING matang akan dilepaskan dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk kedalam tiub falopio. Tiub falopio menyambung ovari ke rahim.

BAGAIMANA OVULASI MENENTUKAN BILA BOLEH HAMIL?