Pages

Friday, January 24, 2014

Vitamin Yang Boleh Membantu Kesuburan Lelaki


Vitamin & Mineral yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan adalah seperti:

Vitamin C :
Menurut satu kajian dari School of Medical, University of Texas, kekurangan jumlah vitamin C dalam diet lelaki akan mengakibatkan 'pelekatan' sperma (agglutination of sperm). Ianya berlaku apabila sperma saling melekat anatara satu sama lain, dan seterusnya melambatkan pergerakan sperma.

Menurut Dr.Earl Dawson M.D,  vitamin C boleh membantu para perokok yang mempunyai jumlah sperma tak normal. Asap rokok meresap melalu paru-paru dan memasuki sistem peredaran darah. Apabila toksin telah memasuki kedalam sistem peredaran darah, ianya akan dapat sampai ke air mani dan menyebabkan jumlah serta fungsi sperma menurun.Adalah dipercayai bahawa vitamin C membantu meneutralkan kesan toksik asap rokok terhadap air mani.

Vitamin C akan mengurangkan tindakan 'pelekatan sperma' (agglutination of sperm), dan menambah kesuburan lelaki. Menurut Dr.Dawson, pengambilan 200 ke 1000mg sehari memberi kesan yang baik kepada sperma. Wanita pula perlu menghindari pengambilan Vitamin C yang berlebihan dalam sehari kerana ianya boleh mengeringkan lendir servik dan menghalang sperma dari menghampiri telur untuk bersenyawa.

Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee ini memberi perlindungan setiap jam dengan hanya satu tablet.
Vitamin E :

Kekurangan vitamin E dipercayai melambatkan penghasilan enzim dan hormon seks yang bertanggungjawab dalam penghasilan sperma.
Pengambilan vitamin E turut membantu jangkahayat sperma. Cadangan pengambilan disarankan ialah 400 IU sehari.
(*minta nasihat dari doktor sekiranya anda mengambil ubat tertentu  atau ubat yang mencairkan darah)

Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium dan satu kapsul vitamin E bersamaan 400 IU.






Selenium:
Satu kajian dijalankan oleh University of Padua di Italy dan di terbitkan dalam Jounal of Science menyebut bahawa kekurangan selenium mungkin menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki. Selenium bertindak dengan menghalang pengoksidan (oxidant) sel sperma dan seterusnya mengurangkan jumlah sperma. Sumber selenium boleh ditemui dalam daging merah, hati, 'brazil nuts', badam dan makanan laut.

*Vitamin E Complex Shaklee telah dilengkapi dengan selenium.

Zinc:

Zinc merupakan mineral dan terdapat dalam lebih dari 200 protin dan enzim dan amat penting untuk kesuburan lelaki. Zinc diperlukan untuk mengaktifkan enzim utama sperma dan memasuki prostat dengan bantuan hormon testosteron.
Kekurangan zinc akan mengurangkan testosteron, mengecilkan saiz testikel serta menghasilkan sperma yang tidak aktif dan abnormal.
Dengan pengambilan sebanyak 15mg zinc setiap hari, akan membantu meningkatkan jumlah sperma serta paras testosteron dalam tempoh 12 bulan.

*Zinc perlu diambil dengan segelas air, setengah jam sebelum makan.*



*******************************************************************************************************
 NAK TAHU LANJUT? KLIK PADA LINK
Vitamin Untuk Subur Dan Hamil


No comments:

Post a Comment