Pages

Thursday, January 30, 2014

Punca Ketidaksuburan Lelaki

Sebab-sebab kemandulan boleh melibatkan satu atau kedua-dua pasangan. Secara umum:
  • Dalam kira-kira satu pertiga daripada kes-kes, punca kemandulan hanya melibatkan lelaki.

Punca ketidaksuburan lelaki

Punca ketidaksuburan lelaki mungkin termasuk:
  • Pengeluaran sperma tidak normal, kerana pelbagai masalah seperti buah zakar mengecut, kecacatan genetik, masalah kesihatan seperti kencing manis, atau jangkitan seperti beguk. Urat yang kembang dalam testis (varicocele) boleh meningkatkan aliran darah dan haba, yang memberi kesan kepada jumlah dan bentuk sperma.
  • Masalah dengan penghantaran sperma, kerana masalah seksual, seperti pancutan pramatang, air mani memasuki pundi kencing  (ejakulasi songsang), penyakit genetik tertentu seperti cystic fibrosis, masalah struktur seperti penyumbatan sebahagian daripada testis yang mengandungi sperma (epididimis), atau kerosakan atau kecederaan kepada organ-organ pembiakan.
  • Pendedahan yang terlalu lama kepada faktor persekitaran tertentu, seperti racun perosak dan bahan kimia lain, radiasi, atau ubat-ubatan tertentu seperti steroid anabolik atau ganja. Di samping itu, pendedahan yang kerap kepada haba seperti di sauna atau kolam air panas, boleh meningkatkan suhu badan seterusnya merosakkan pengeluaran sperma.
  • Kerosakan yang berkaitan dengan kanser dan rawatan, termasuk radiasi atau kemoterapi. Rawatan untuk kanser boleh mengganggu penghasilan sperma. Pemecatan sebelah buah zakar akibat kanser juga boleh menjejaskan kesuburan lelaki.

          ***************************************************************************************************

 NAK TAHU LANJUT? KLIK PADA LINK
Vitamin Untuk Subur Dan Hamil


Monday, January 27, 2014

Punca Ketidaksuburan Pada Wanita & Lelaki


Punca-punca masalah ketidaksuburan dikalangan wanita :

1.Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.
> Keseimbangan hormon adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). 
> Keseimbangan hormon juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan, terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.

2.Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.
> Sesetengah wanita yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG (Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.

3.Endometriosis.
> Endometriosis berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim (endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti puncanya.

4.Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).
> Dalam kes yang jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.

5.Masalah pada rahim.
> Keadaan rahim bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang yang sempit untuk membesar. 
> Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.

Punca- punca masalah ketaksuburan dikalangan lelaki:

1.Masalah gangguan sperma yang tidak matang.
> Kebanyakkan masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki (mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul, tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan sperma untuk melakukan proses persenyawaan adalah rendah. 
> Bagaimanapun, jika mempunyai sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. 
> Pembuluh darah yang membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan, faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan untuk mengetahui punca masalah tersebut.

2.Gangguan kepada pengangkutan sperma.
Dalam 4% dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan sebelum ini.

                             ***************************************************************************************************
 NAK TAHU LANJUT? KLIK PADA LINK
Vitamin Untuk Subur Dan Hamil


Friday, January 24, 2014

Vitamin Yang Boleh Membantu Kesuburan Lelaki


Vitamin & Mineral yang disarankan untuk meningkatkan kesuburan adalah seperti:

Vitamin C :
Menurut satu kajian dari School of Medical, University of Texas, kekurangan jumlah vitamin C dalam diet lelaki akan mengakibatkan 'pelekatan' sperma (agglutination of sperm). Ianya berlaku apabila sperma saling melekat anatara satu sama lain, dan seterusnya melambatkan pergerakan sperma.

Menurut Dr.Earl Dawson M.D,  vitamin C boleh membantu para perokok yang mempunyai jumlah sperma tak normal. Asap rokok meresap melalu paru-paru dan memasuki sistem peredaran darah. Apabila toksin telah memasuki kedalam sistem peredaran darah, ianya akan dapat sampai ke air mani dan menyebabkan jumlah serta fungsi sperma menurun.Adalah dipercayai bahawa vitamin C membantu meneutralkan kesan toksik asap rokok terhadap air mani.

Vitamin C akan mengurangkan tindakan 'pelekatan sperma' (agglutination of sperm), dan menambah kesuburan lelaki. Menurut Dr.Dawson, pengambilan 200 ke 1000mg sehari memberi kesan yang baik kepada sperma. Wanita pula perlu menghindari pengambilan Vitamin C yang berlebihan dalam sehari kerana ianya boleh mengeringkan lendir servik dan menghalang sperma dari menghampiri telur untuk bersenyawa.

Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee ini memberi perlindungan setiap jam dengan hanya satu tablet.
Vitamin E :

Kekurangan vitamin E dipercayai melambatkan penghasilan enzim dan hormon seks yang bertanggungjawab dalam penghasilan sperma.
Pengambilan vitamin E turut membantu jangkahayat sperma. Cadangan pengambilan disarankan ialah 400 IU sehari.
(*minta nasihat dari doktor sekiranya anda mengambil ubat tertentu  atau ubat yang mencairkan darah)

Vitamin E Shaklee dilengkapi dengan selenium dan satu kapsul vitamin E bersamaan 400 IU.






Selenium:
Satu kajian dijalankan oleh University of Padua di Italy dan di terbitkan dalam Jounal of Science menyebut bahawa kekurangan selenium mungkin menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki. Selenium bertindak dengan menghalang pengoksidan (oxidant) sel sperma dan seterusnya mengurangkan jumlah sperma. Sumber selenium boleh ditemui dalam daging merah, hati, 'brazil nuts', badam dan makanan laut.

*Vitamin E Complex Shaklee telah dilengkapi dengan selenium.

Zinc:

Zinc merupakan mineral dan terdapat dalam lebih dari 200 protin dan enzim dan amat penting untuk kesuburan lelaki. Zinc diperlukan untuk mengaktifkan enzim utama sperma dan memasuki prostat dengan bantuan hormon testosteron.
Kekurangan zinc akan mengurangkan testosteron, mengecilkan saiz testikel serta menghasilkan sperma yang tidak aktif dan abnormal.
Dengan pengambilan sebanyak 15mg zinc setiap hari, akan membantu meningkatkan jumlah sperma serta paras testosteron dalam tempoh 12 bulan.

*Zinc perlu diambil dengan segelas air, setengah jam sebelum makan.*



*******************************************************************************************************
 NAK TAHU LANJUT? KLIK PADA LINK
Vitamin Untuk Subur Dan Hamil


Saturday, January 18, 2014

Bagaimana Mengetahui Waktu Subur Atau Ovulasi


Ovulasi atau waktu subur adalah apabila satu atau lebih telur dilepaskan dari salah satu ovari.
Setiap bulan, sebanyak 15-20 telur yang matang akan dilepaskan dalam ovari. Dan telur yang PALING matang akan dilepaskan dalam kaviti pelvis dan ditarik masuk kedalam tiub falopio. Tiub falopio menyambung ovari ke rahim.

BAGAIMANA OVULASI MENENTUKAN BILA BOLEH HAMIL?